Karangan Autobiografi: Aku Seekor Kucing...



Aku seekor kucing. Nama yang diberikan oleh tuan-ku (bukan Tuanku hehe²) ialah Bobot. Aku berumur kire² 3 tahun lebey...Sebab aku sendiri pun tatau biler aku dilahirkan oleh ibuku ke dunia.
Aku di ambil-anak-angkat-kan AKA adopted oleh satu keluarga yang sebelum ni pernah membela kucing. Jadi aku amat disayangi oleh mereka...Shayang shangat²...Muahhss....




Aku merupakan spesis kucing tak sedar dek untung-bak kate Mama aku...huhu...Ini adalah kerana saya adalah seekor kucing yang tak boleh langsung dipegang dan dibelai manja oleh sesiapa. Barangsiapa yang berbuat demikian akan bakal digeget dan dicakar oleh kuku-ku yang panjang dan kotor ni serta gigit dari mulut aku yang busyuk ini...He²...Padan Muker...

Di masa lapang saya eh! aku suke main-main seorang diri. Aku tak suke berkawan dengan kucing lain sebab stendet mereka tidak same denganku. Kalau aku terserempak aje dengan mereka pasti kami akan berlawan dan selalunyer saya akan kalah dan tergolek lalu masuk ke dalam longkang...(malunyer....!!!)


Jadi hobi saye buat mase nih dimase lapang dan kalau Mama dah bagi saya makan ialah lepak di atas bumbung jiran² Mama saya atau pun golek² kat Beranda Mama utk melampiaskan nafsu membute saya yang hina itu...
Kesimpulannya ialah saya adalah kucing yang pemalas, tak boleh dibelai, kucing gelandangan yang tak sedar diri tak sedar dek untung, tak bulih campur yang komuniti kucing lorong Gelap yang bukan stendet ngan saya dan Saya Rase Saye Comel Macam Orang Yang Buat Karangan Untuk Saya nih...Huhu...

Itulah riwayat hidup saya sebagai seekor Bobot.
Sekian, terima kasih...Tocey²....
Posted by Picasa

Comments

  1. muahahaha...gelak guling² mcm icon YM.... tomei lah sgt kan..tuan kamu tu tuceng...

    Bobot jgn geget dia lagi tau pasai dia dah wat suweeet compliments pasai Bobot :D

    ReplyDelete
  2. hadui tajam ja mata dia tu Cikgu..miou jantan kan hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood